PB- Mengukuhkan isi Surat Rasmi
Baiklah, saya telahpun membaca dan menyemak Lampiran B kamu. Malangnya saya kurang berpuas hati dengan perancangan yang telah kamu lakukan. Disebabkan itulah, pada hari ini, saya akan mengekhaskan masa ini untuk memperbaiki isi surat.
Apa yang saya ingin kamu lakukan ialah, dalam bentuk isi, saya hendak kamu ( secara individu ) menulis semula ruangan ( penerangan ) di Lampiran B ( gunakan kertas tulis sendiri ) dengan berpandukan isi utama berikut :-
Pengenalan - Perkenalkan diri
- Tujuan menulis surat
Perenggan Isi 1 - Objektif mengadakan sesi perkongsian
Perenggan Isi 2 - Apa yang akan dipersembahkan
Perenggan Isi 3 - Sokongan yang diperlukan untuk persembahan
Penutup - benarkan kamu membuat persembahan
- cadangan lain daripada pihak sekolah tersebut
Penerangan kamu haruslah jelas dan lengkap. Apa yang ada dalam peneranganlah yang akan wujud di dalam surat kamu ( bezanya ialah, penerangan dalam Lampiran B tiada ayat lengkap sementara surat menggunakan ayat yang lengkap dan 'aji no motto' - ingatkah kamu lagi ? Juga tidak lupa surat mengandungi Ayat Pembuka dalam perenggan Isi 1. )
Siapa yang sudah lengkapkan tugasan hari ini haruslah menghantarkannya kepada saya secepat mungkin kerana esok kita akan mula menulis surat dan melengkapkannya. Kemudian teruskan dengan pembikinan slaid masing-masing.
Oh ya, cara untuk gunakan 'hyperlink' ada dilampirkan dalam 'folder' saya dalam tajuk 'Panduan'.
Cikgu
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home