7.21.2008

Pandangan 21 Julai 2008

Setelah membaca paparan di muka surat 4, Berita Harian, sila berikan pandangan kamu tentang isu yang diperkatakan. Tulislah sekurang-kurangnya 50 patah perkataan ya !

6.30.2008

Persiapan Bahan untuk Pembentangan (Minggu 2)

Syabas diucapkan di atas kesungguhan kamu dalam mencari jawapan tentang asal usul bahasa Melayu. Saya percaya banyak yang telah kamu pelajari. Teruskan dengan persiapan slaid-slaid kamu. Kita akan memulakan pembentangan pada minggu hadapan. 1 hari, 1 kumpulan sahaja. Nanti kita akan undi kumpulan mana yang akan membuat pebentangan pada tarikh-tarikh yang tertentu !!! I kumpulan minimum 10 minit. Tetapi jangan terlebih daripada 20 minit ya !!! Peringatan : Jangan salin dan tampal - bentangkan perkara yang penting DAN menarik !!

Selamat bertugas !

6.26.2008

Asal Usul Bahasa Melayu - 270608

Pada hari ini, kamu harus sudah dapat gambaran apa yang bakal dikongsi bersama dalam pembentangan kelak. Sila berikan saya RANGKA pembentangan pada hari ini supaya saya dapat memberikan idea / pandangan bagi membantu meningkatkan mutu pembentangan kamu. Setiap kumpulan akan diberikan maksimum 15 minit untuk pembentangan masing-masing.
Di akhir sesi pelajaran hari ini, saya mahu kamu membuat renungan ( tidak lebih daripada 100 patah perkataan ) di ruangan blog ini Renungan tersebut haruslah menjawab soalan-soalan berikut:
a. Dapatkah kamu mencari apa yang diingi - jelaskan tentang beberapa lelaman yang telah dijumpai dan
b. Adakah lelaman tersebut berguna ?
c. Setelah membaca sedikit sebanyak tentang sejarah BM, apakah pandangan peribadi kamu tentang perkembangan BM dan
d. sentuh juga pandangan kamu tentang pinjaman dalam BM.


PANDUAN
1. Slaid-slaid kamu harus mengandungi bilangan perkataan yang minimal ( elakkan daripada salin dan tampal perenggan yang panjang lebar )
2. Penyelidikan haruslah meluas dan terperinci - kamu mungkin perlu berbekalkan nota pada hari pembentangan agar terjamin kelancaran ketika menyampaikan maklumat yang telah didapati.
3. Harus ada slaid yang memaparkan kandungan - apa yang akan dibentangkan.
Jangan lupa untuk bina satu slaid di akhir untuk mencatatkan semua alamat lelaman yang telah dijadikan sebagai bahan rujukan.
4. Namakan fail kamu : AsalUsulBM_Kumpulan Khuzaimah.ppt dan sebagainya mengikut nama ketua kumpulan masing-masing.

Mencari dan terus mencari......Asal Usul Bahasa Melayu

Wahai pelajarku sekalian, pada hari ini kamu dikehendaki mencari bahan-bahan yang ada kaitan dengan topik kita iaitu - Asal Usul Bahasa Melayu. Sila baca bahan-bahan yang ada di Internet. Setelah membaca dan menilaikan sama ada bahan tersebut boleh dijadikan bahan rujukan bagi melengkapkan tugasan kamu, kongsilah alamat lelaman tersebut di ruangan blog ini. Jangan lokek-lokek !! Bekerjasamalah kamu ya !!!!

Sepintas lalu...TUGAS HARI INI....:
1. Melungsuri Internet bagi mencari maklumat.
2. Menubuhkan kumpulan - 3 orang dalam 1 kumpulan. Taipkan nama anggota kumpulan di dalam ruangan blog ini - tetapkan siapa ketua.
3. Menetapkan apa yang bakal dibentangkan pada minggu hadapan - hasil daripada penyelidikan kamu itu. ( Saya mahu lihat cara kamu mengatur kandungan bagi pembentangan kamu itu.....beritahu saya rangka pembentangan kamu pada hari Rabu ini )

Selamat bertugas !!!
Cikgu

3.07.2008

Karangan Perbincangan - Satu permulaan....

Wahai para pelajarku sekalian, sila berikan sedikit catatan , hasil daripada pembacaan kamu tentang bentuk rupa karangan perbincangan. Mudah-mudahan usaha kamu itu dapat dimanfaatkan oleh rakan-rakan yang lain dan boleh juga dijadikan sebagai rujukan jika perlu. Saya ingatkan agar kamu elakkan daripada hanya menyalin dan menampal. Jika ada alamat yang baik , yang boleh dijadikan bahan rujukan, taipkan alamatnya.

Cikgu :)

9.17.2007

Pandanganku....

Gunakanlah ruangan ini untuk membaca laporan yang saya telah tetapkan untuk semua dan lampirkan sekali 5 makna perkataan pilihan ( yang telah didapati daripada teks bacaan kamu itu ).

Cikgu

8.29.2007

Pencarian Makna untuk Dikongsi Bersama

Sila tuliskan semua makna perkataan yang telah kamu cari maknanya di dalam ruangan blog ini. Pastikan kamu ikut format di bawah ini agar dapat mengelakkan sebarang kekeliruan.

Unit XX
Muka Surat XX
1. XXXXX
2. XXXXXXXX dan sebagainya......

Muka Surat XX
1. XXXX
2. XXX

dan sebagainya.....

Terima kasih.....