7.21.2008

Pandangan 21 Julai 2008

Setelah membaca paparan di muka surat 4, Berita Harian, sila berikan pandangan kamu tentang isu yang diperkatakan. Tulislah sekurang-kurangnya 50 patah perkataan ya !

7 Comments:

Blogger cgfilza said...

Sebenarnya isu ini sudah lama wujud....bukan ramaja, si dewasa juga ada ! Yang bergelar samseng baik, yang bergelar profesional baik ! Ini semua terpulang kepada masing-masing. Saya tidak tahu mengapa ada yang sanggup mencacatkan anggota badan mereka dengan bertatu....lagi-lagi yang bergelar Melayu Islam - bukankah salah di sisi agama ? Bagaimana pandangan awak ya ?

7/21/2008 11:27 AM  
Blogger Liz said...

Pada pandangan saya, tatu bermula daripada golongan suku yang memiliki tatu mengikut budaya mereka tetapi masyarakat moden mengambil inspirasi tersebut dan dijadikan seni.
Betatu memang dianggap salah oleh agama tetapi saya tidak faham mengapa ia dianggap salah kerana menatu dibadan bukanlah termasuk sesuatu perkara yang memang diharamkan seperti membunuh atau mencuri.

7/21/2008 12:06 PM  
Blogger k. said...

Pada pandangan saya, melukiskan tatu di tubuh dianggap 'cool'kerana memang sudah menjadi lumrah bagi kaum remaja utuk mengikut rakan-rakan mereka. Ada di antara mereka yang jahil, tidak mendapat didkan yang betul dari ibu-bapa jadi kita tidak patut seratus-peratus menyalahkan mereka.Oleh kerana mereka tidak mendapat didikan yang betul, mereka tidak tahu bahawa perbuatan mereka salah dan kebanyakannnya,malangnya,telah dipengaruhi oleh rakan-rakan yang tidak bermoral.Tatu memang diharamkan dari segi agama tetapi mereka yang jahil tidak sedar bahawa bertatu adalah haram. Dari itu, saya menyokong pihak masjid untuk memberikan subsidi bagi mereka yang mahu menghilangkan tatu. Ia memberikan peluang bagi mere-mereka yang jahil untuk pulang ke jalan yang benar.
'nuff said. =)

7/21/2008 12:11 PM  
Blogger k. said...

Shariffah

Benar kata cikgu. Masalah tatu kebelakangan ini amat membimbangkan.Lebih teruk lagi kebanyakkan antara mereka merupakan remaja. Saya rasa ini semua bermula disebabkan kurang pendidikkan agama. Jika mereka tahu bahawa tatu itu salah dari segi agama, mereka akan berfikir dua kali. Tetapi remaja itu tidak boleh disalahkan sepenuhnya. ini adalah kerana ramai diantara mereka terpengaruh oleh teman-teman. Bagi mereka tatu itu menunjukkan kesetiaan mereka kepada sesuatu kumpulan. Walaubagaimanapun, saya rasa dengan bantuan ibu bapa, masyarakat dan remaja itu snediri, ia pasti dapat diselesaikan.

7/21/2008 12:12 PM  
Blogger k. said...

Zahariah

Pada pendapat saya, tatu ini adalah seni lukisan yang sering dipandang serong oleh setiap masyarakat. Namun, jika kita fikirkan semula, tatu adalah salah satu seni lukisan yang lebih kurang sama seperti seni-seni lukisan yang lain. Setiap lukisan mempunyai makna disebaliknya. Ia terpulang kepada setiap individu untuk menilai seni lukisan ini. Jika kita lihat, tidak semua orang yang mempunyai tatu tergolong daripada kumpulan-kumpulan samseng. Ada yang mempunyai tatu kerana minat mereka dalam seni tatu itu sendiri.

Namun, tatu bukan lagi menjadi satu seni kepada remaja-remaja atau mereka yang mempunyai tatu. Ia telah menjadi satu trend yang semakin meluas pada masa kini. Agama bukan lagi menjadi satu halangan bagi mereka.

7/21/2008 12:20 PM  
Blogger IZZATI AQILAH said...

Pada pandangan saya, isu tentang penggunaan tatu yang sering didapati di kalangan remja hari ini sesuta daya ikutan yang dilihat. Sebagai remaja, mereka sememangnya cepat terpengaruh dengan budaya sebegini. Walaupun tatu bolehdilihatkan sebagai seni lukisan yang lain daripada yang lain, kita tetap harus ingat pada hukum agama yang melarang pengunnan tatu.Trend ini boleh dihentikan dan dikurangkan jika mereka dididik secara sempurna dari kecil lagi. Tetapi, saya tidak mempunyai tentangan terhadap isu ini, asalkan mereka mempunyai moral yang baik, yang lain adalah masalh mereka.

7/21/2008 12:46 PM  
Blogger Unknown said...

Pada hemat saya,isu tentang semakin ramai remaja yang bertatu memang membimbangkan.Lebih-lebih lagi remaja yang terlibat adalah remaja melayu.Tatu dahulunya hanya seni lukisan tetapi ia telah dianggap sebagai sesuatu trend yang semakin meluas.Antara sebabnya adalah ikutan pengaruh barat.Tetapi,ramai remaja yang mempunyai tatu anggap ianya sebagai simbol kumpulan-kumpulan samseng.Saya berasa bahawa mereka berbuat sedemikian kerana pengaruh-pengaruh yang kurang sihat.Merekau juga mungkin kekurangan pendidikan agama.Ini disebabkan jikalau mereka sedar akan hukum-hukum agama,tentu mereka tidak akan berbuat sedemikian.

Satu perkara yang saya hairan,mengapa mereka begitu bodoh untuk membakar kulit mereka dan mengalami segala kesakitan semata-mata untuk bertatu.hairan sungguh.

7/21/2008 9:19 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home