6.26.2008

Asal Usul Bahasa Melayu - 270608

Pada hari ini, kamu harus sudah dapat gambaran apa yang bakal dikongsi bersama dalam pembentangan kelak. Sila berikan saya RANGKA pembentangan pada hari ini supaya saya dapat memberikan idea / pandangan bagi membantu meningkatkan mutu pembentangan kamu. Setiap kumpulan akan diberikan maksimum 15 minit untuk pembentangan masing-masing.
Di akhir sesi pelajaran hari ini, saya mahu kamu membuat renungan ( tidak lebih daripada 100 patah perkataan ) di ruangan blog ini Renungan tersebut haruslah menjawab soalan-soalan berikut:
a. Dapatkah kamu mencari apa yang diingi - jelaskan tentang beberapa lelaman yang telah dijumpai dan
b. Adakah lelaman tersebut berguna ?
c. Setelah membaca sedikit sebanyak tentang sejarah BM, apakah pandangan peribadi kamu tentang perkembangan BM dan
d. sentuh juga pandangan kamu tentang pinjaman dalam BM.


PANDUAN
1. Slaid-slaid kamu harus mengandungi bilangan perkataan yang minimal ( elakkan daripada salin dan tampal perenggan yang panjang lebar )
2. Penyelidikan haruslah meluas dan terperinci - kamu mungkin perlu berbekalkan nota pada hari pembentangan agar terjamin kelancaran ketika menyampaikan maklumat yang telah didapati.
3. Harus ada slaid yang memaparkan kandungan - apa yang akan dibentangkan.
Jangan lupa untuk bina satu slaid di akhir untuk mencatatkan semua alamat lelaman yang telah dijadikan sebagai bahan rujukan.
4. Namakan fail kamu : AsalUsulBM_Kumpulan Khuzaimah.ppt dan sebagainya mengikut nama ketua kumpulan masing-masing.

22 Comments:

Blogger cgfilza said...

Jangan lupa untuk buat renungan di akhir waktu pelajaran pada hari ini !! Rangka juga harus ditaipkan di ruangan blog ini - tujuannya adalah supaya saya boleh berikan pandangan tentang isi kandungan pembentangan kamu itu.

6/27/2008 1:03 PM  
Blogger Rentak Budaya Vaganza said...

Rangka Kumpulan Liestina, Natasha dan Nurul Nadiah

Perkembangan Bahasa Melayu
Dibahagikan kepada tiga tahap
• Bahasa Melayu Kuno,
• Bahasa Melayu Klasik dan
• Bahasa Melayu Moden.
-- Ciri- ciri bahasa tersebut
Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik
 3 Jenis batu bersurat
Bahasa Melayu Klasik
Ciri-ciri
Bahasa Melayu Moden
Sebuah penterjemahan dari bahasa kuno ke bahasa Melayu moden

6/27/2008 1:17 PM  
Blogger The Etherealist said...

Rangka Perbentangan :
1. Definisi Melayu
2. Asal-usul bahasa Melayu.
3. Revolusi Bahasa Melayu.
4. kepelbagaian pengunaan bahasa Melayu di seluruh dunia.
5. Melayu moden dan melayu kuno.

6/27/2008 1:24 PM  
Blogger cgfilza said...

Ok kumpulan Liestina !

6/27/2008 1:24 PM  
Blogger cgfilza said...

Syabas ! Semua telahpun sedar bahawa memanglah tujuan saya untuk menyelaraskan topik-topik kecil bagi pembentangan kelak. Lazimnya, dengan 1 tajuk yang diberikan, sememangnya bahan-bahan yang bakal digunakan kebanyakannya daripada sumber yang sama !!! Dari itu, sedarlah kamu semua bahawa, CABARAN utama kamu ialah BAGAIMANA dapat kumpulan kamu sampaikan hasil dapatan kajian kamu itu dengan baik sehingga dapat menandingi kumpulan-kumpulan yang lain....mmmm....amacam ?

6/27/2008 1:27 PM  
Blogger cgfilza said...

OK, kumpulan AIzah..

6/27/2008 1:28 PM  
Blogger k. said...

Kumpulan Khuzaimah,Zahariah,Shariffah

ditto the abovementioned

6/27/2008 1:30 PM  
Blogger k. said...

Kumpulan Khuzaimah,Zahariah,Shariffah

rujuk kepada kumpulan rentak budaya vaganza

6/27/2008 1:31 PM  
Blogger cgfilza said...

Sekarang baru saya tahu, siapa yang RAJIN dan siapa yang MALAS......Aceh...

6/27/2008 1:32 PM  
Blogger IZZATI AQILAH said...

Renungan :
Saya berpendapat bahawa banyak juga lelaman-lelaman yang relevan untuk digunakan. Sebelum ini, saya kurang tahu-menahu tentang asal-usul bahasa melayu. Tidak disangkakan bahawa "Melayu" secara keseluruhannya adalah suatu yang kaya dengan sejarah. Banyak perkataan Melayu yang sangat menarik/lucu dan kepelbagaian maknanya di seluruh dunia.

^Nurizzati Aqilah

6/27/2008 1:35 PM  
Blogger Rentak Budaya Vaganza said...

Renungan Natasha
a) Ya, saya dapat mencari apa yang saya inginkan. Tetapi masalahnya, lelaman- lelaman yang saya lungsuri mempunyai banyak maklumat dan ada daripadanya yang tidak penting.
Lelaman: http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm
http://www.penerbit.usm.my/pen2006/DAH/DAH.html
b) Lelaman tersebut berguna juga. Ia mudah difahami.
c) Saya dapati bahawa perkembangan bahasa melayu memang luas. Dari zaman ke zaman, bahasa ini telah berubah. Apabila saya melihat bahasa melayu kuno, ia berbeza dengan bahasa melayu sekarang sehingga ia seperti satu bahasa yang lain.
d) Walaupun saya pernah teringat bahawa bahasa melayu ialah bahasa asli namun pinjaman memang harus dilakukan supaya bahasa melayu dapat digunakan secara meluas.

6/27/2008 1:36 PM  
Blogger The Etherealist said...

Renungan:
Saya mempelajari bahasanya, populasi orang Melayu di dunia ini jauh lebih ramai daripada apa yang sangkakan. saya juga dapati bahawa bahasa melayu moden mempunyai banyak kelainan dengan bahasa melayu kuno atau klasik. Bahasa Melayu juga mempunyai kaitan dengan bahasa-bahasa lain. (=

6/27/2008 1:36 PM  
Blogger k. said...

Runungan
Shariffah

Saya rasa hari ini agak bermanfaat untuk kumpulan saya. Kami telah pun mula membuat slaid-slaidnya dan sudah mengumpulkan isi-isi. Malangnya isi-isi kami agak serupa dengan kumpulkan yang lain. Tetapi, saya pasti cara pembentangannya berbeza. Secara keseluruhannya, saya rasa projek ini amat berguna kerana ia memberitahu saya asal-usul bahasa melayu. Banyak telah saya peroleh daripada sesi ini!

6/27/2008 1:38 PM  
Blogger k. said...

Renungan Zahariah
Pada sesi pelajaran hari ini, kami berpeluang untuk mencari bahan-bahan yang akan dimasukkan di dalam slaid-slaid kami. Lelaman yang kami rujuki amat berguna sekali. Pada pendapat saya, perkembangan bahasa melayu amat menarik. Banyak maklumat yang saya tidak tahu mengenai dan sesi ini membantu menjawab segala keraguan saya.

6/27/2008 1:38 PM  
Blogger k. said...

Renungan Khuzaimah

Secara keseluruhannya, bahan-bahan yang kumpulan saya inginkan telah dijumpai. Kami merujuk kepada dua lelaman. Lelaman tersebut amat berguna. Pada pendapat saya, bahasa melayu merupakan bahasa yang kaya dengan pelbagai bahasa lain. Bahasa melayu berkembang dengan cepat sehinggalah ke hari ini.

6/27/2008 1:38 PM  
Blogger Liz said...

Renungan
Hanya satu perkataan yang boleh meringkaskan perasaan saya pada saat saya pertama kali mendapat tahu tentang asal usul bahasa melayu, "terperanjat". Kerana, saya baru tahu kalau bahasa melayu berasal dari kota Jambi, kota kelahiran saya..
Secara keseluruhan, bahasa melayu yang kita pelajari sekarang telah dipengaruhi oleh banyak bahasa dari negeri lain.
Dan seperti yang kita sedari sekarang, bahasa Melayu telah memang pun semakin meLAYU... dikeranakan lebih ramai orang yang memilih untuk menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar.

6/27/2008 8:48 PM  
Blogger cgfilza said...

Saya seronok membaca renungan kamu semua. Malangnya tidak semua yang telah menghantarkan renungan masing-masing. Saya harap kamu akan melakukannya hari ini tanpa perlu digesa ya !! Saya perlu tahu apa yang telah kamu lalui dan pelajari daripada sesi ini !!!

6/30/2008 12:32 PM  
Blogger Wanie Barney said...

kita sebernanya sudah habis dengan powerpoint slide. tetapi kita tidak pasti sama ada informasi2 yang didapati cukup atau tidak. kami tidak pasti bagaimana hendak meletak informasi2 yang didapati dalam urutan tertentu, tetapi kami sudah cuba seupaya yang kami mampu. =) masih lagi mencari beberapa informasi lagi

wanie dan nadia

6/30/2008 12:36 PM  
Blogger IZZATI AQILAH said...

HELLO. TESTING, TESTING.

6/30/2008 12:37 PM  
Blogger Unknown said...

Maaf cikgu saya buat renungan hari ini agak lambat kerana saya baru sahaja pulang rumah.

Pada pendapat saya,sesi hari ini amat bermanfaat sekali kerana kumpulan saya telah berjaya mendapatkan infomasi yang diperlukan untuk pembentangan kami nanti.Lelaman-lelaman yang saya kunjungi agak bagus.Ini disebabkan saya dapat mempelajari tentang asal usul bahasa melayu dan juga perkembangan bahasa melayu dengan lebih mendalam lagi.Saya juga mempelajari fakta-fakta yang tidak pernah saya ketahui.Saya mengagumi akan perkembangan bahasa melayu.Pada pendapat saya,pinjaman dalam bahasa melayu adalah sesuatu yang bagus kerana ia dapat membantu dalam perkembangan bahasa melayu.Ini akan mendatangkan manfaat kerana ia bermakna bahawa bahasa melayu akan digunakan dengan lebih luas dan kerap.Ini juga membantu dengan mempertahankan bahasa melayu daripada ianya pupus dari muka dunia ini.

6/30/2008 8:37 PM  
Blogger Unknown said...

Ini merupakan beberapa lelaman yang ingin saya kongsi bersama..

http://www.tutor.com.my/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm

http://www.penerbit.usm.my/pen2006/DAH/DAH.html

http://melayuonline.com/culture/?a=TG11L29QTS9VenVwRnRCb20%3D=

http://melayuonline.com/culture/?a=UlZUL29QTS9VenVwRnRCb20%3D=

http://melayuonline.com/culture/?a=a1R3ei9zVEkvUXZ5bEpwRnNx=

http://melayuonline.com/culture/?a=VHN3ei9zVEkvUXZ5bEpwRnNx=

6/30/2008 8:50 PM  
Blogger Unknown said...

Maaf,saya berkongsi infomasi "at the very last minute".hehe

6/30/2008 8:59 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home