8.29.2007

Pencarian Makna untuk Dikongsi Bersama

Sila tuliskan semua makna perkataan yang telah kamu cari maknanya di dalam ruangan blog ini. Pastikan kamu ikut format di bawah ini agar dapat mengelakkan sebarang kekeliruan.

Unit XX
Muka Surat XX
1. XXXXX
2. XXXXXXXX dan sebagainya......

Muka Surat XX
1. XXXX
2. XXX

dan sebagainya.....

Terima kasih.....

8.28.2007

Klinik Kertas Merah Jambu

Sesiaopa yang ada masalah setelah menyemak kertas latihan merah jambu....sila bertanya di sini ya - semoga soalan kamu boleh juga dimanfaatkan oleh rakan-rakan yang lain yang mungkin malu bertanya ataupun malas bertanya :) Tetapi jangan lupa tuliskan nama kamu dan soalan ( secara terperinci ya - nombor berapa ? Apa masalahnya ?...)

8.27.2007

Kosa Kata - Sesi perkongsian

Saya ingin kamu memilih hanya 1 perkataan daripada setiap senarai rakan. Kemudian terangkan dengan menggunakan perkataan kamu sendiri apa yang telah kamu faham tentang makna perkataan yang telah diberikan oleh rakan kamu itu.

Jangan lupa untuk tulis nama kamu, perkataan yang ingin diterangkan , orang yang punya perkataan tersebut.

Selamat terdera !

8.22.2007

Soalan Latihan Surat Rasmi & Karangan Naratif

  1. Sila cuba jawab soalan-soalan ini sebelum peperiksaan pada hari Jumaat ini.

Kamu sering mengunjungi pasaraya mini berdekatan dengan rumah kamu. Sejak kebelakangan ini, kamu dapati mutu perkhidmatan di pasaraya mini itu kurang memuaskan. Tulis sepucuk surat aduan untuk menerangkan masalah yang kamu hadapi dan berikan beberapa cadangan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan di pasaraya mini tersebut.

Gunakan nama dan alamat berikut :

Hussin bin Fadhil atau Husnita binti Fadhil
Blok 324 Jalan Bukit Merah
#02-224
Singapura 324456

Alamatkan surat kamu kepada :
Pengurus
Pasaraya Mini Bunga Tanjung
Blok 300 Jalan Bukit Merah
#01-01
Singapura 300456

Soalan Karangan Naratif

Tuliskan sebuah cerita yang mengisahkan satu peristiwa di mana perbuatan yang dianggap mulia dan murni dicemuh dan dihina oleh orang lain.

2. Jangan lupa untuk beri saya markah surat rasmi ( soalan dari kertas merah jambu ) selewat-lewatnya Jumaat ini.

8.07.2007

Apa Kata Kita...

Nampaknya hanya segelintir sahaja yang telah berjaya menghabiskan karangan semalam ya. Dari itu, saya ingin kamu membaca 2 buah karangan dan memberi komen berdasarkan senarai semak yang telah diedarkan dan juga komen secara umum iaitu yang menyentuh hal perasaan yang tercetus setelah / semasa membaca karangan rakan kamu itu. Saya akan tentukan, siapa baca karangan siapa ya ! Tuliskan komen-komen kamu itu di dalam ruangan blog ini dengan mengeklik butang komen. Pastikan kamu ikut format berikut apabila hendak menulis komen:

Nama Kamu
Nyatakan karangan siapa yang kamu ingin komen
Komen kamu.......

Selamat membaca !!
Cikgu

8.06.2007

Tajuk Naratif Ogos

Sila tuliskan sebuah karangan berdasarkan soalan di bawah ini:-

Tuliskan sebuah cerita yang mengisahkan satu pengkhianatan yang menyebabkan terputusnya tali persahabatan antara dua orang sahabat yang akrab.

Cerita yang menarik akan disiarkan ya di blog ini !

Selamat menulis !!!!

8.03.2007

Tugas 30 Julai 2007

Wahai para pelajarku, tidak disangka-sangka ramai di antara kamu yang suka seklali buat janji kosong. Tugasan yang ditunggu-tunggu, hai ....tidak tiba-tiba. Tetapi saya puji pelajar-pelajar yang telah menepati janji. Kepada yang lain;
Syafiqah
Syahirul
Nurul Nadiah
Siti Nadiah
Shariffah
Syazwani
saya begitu kecewa dengan sikap kamu yang .....hai sudah tidak terkata lagi....

Cikgu yang kecewa

Saya lampirkan ARAHAN TUGASAN bagi mereka yang memerlukannya ehmmm

Tugasan Surat Khabar

Ulasan laporan / keratan / artikel. ( 20 – 30 pp )
Laporan ini tentang.....
Pada pandangan saya / pendapat saya......


Pilih 5 Perkataan susah & cari makna.


Bina 1 Latihan Imbuhan ( 5 tempat kosong )
Awalan ( meN- , di-, ber-, se-, ter-, peN-...)
Akhiran ( -kan, -an, -i )
Apitan ( meN-....-kan, ke.....an, di....kan, peN....an, ber....an/kan)


Bina Latihan Prosedur Cloze ( 5 tempat kosong )
Kata nama ( adjektif dan lain-lain )
Kata kerja
Kata sendi nama
Kata hubung

filzaomar@gmail.com

filzaomar.blogspot.com ------ 3hml