7.26.2007

Wahana Bicara

Saya ingin semua yang mempunyai internet di rumah untuk memasuki ruangan blog Wahana Bicara untuk memberi komen membina setelah mendengar 'Podcast' para pelajar dari Sekolah Menengah Serangoon. Sila cuba ringan-ringankan jari-jemari kamu pada hujung minggu ini !

Terima kasih.
Cikgu

Oh ya : Shariffah dan Hafir - Saya harap kamu berdua telahpun mengambil tugasan ( Latihan 37 ) dari rak-rak buku saya dan jangan lupa untuk melaksanakan segala tugas yang telah saya pesan !

7.11.2007

Peringatan

Sila perhatikan perkara-perkara di bawah ini : -

  1. Peperiksaan Kefahaman Mendengar 2007 - Isnin 16 Julai. Semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan ini harus melaporkan diri di dewan serbaguna ( MPH ) pada pukul 3.30 ptg. Jangan lupa untuk membawa kad pengenalan ataupun kad EZ Link.
  2. Buku Kerja harus dibawa pada tanggal 23 Julai.
  3. Projek Budaya harus dibawa pada hari Jumaat depan , 20 Julai. Tiada tangguhan lagi. Sesiapa yang gagal bawa, saya tidak akan terimanya dan markah CA4 kamu.....faham-faham sahajalah ya !
  4. Wang $8 haruslah dibawa untuk bayaran kertas-kertas latihan. Berikan kepada Irdayu selewat-lewatnya pada hari Isnin depan.

Cikgu