3.26.2007

PB-Menyediakan Slaid 30 Mac 2007

Surat Rasmi :

Baiklah saya ingin menadakan satu sesi perkongsian isi - di mana setiap kumpulan menyumbangkan isi-isi yang telah dibincangkan semalam.
  • Apa yang harus dilakukan ialah, setiap kumpulan haruslah memasukkan isi-isi tersebut dengan mengklik butang 'komen' di ruangan blog ini. Saya akan memantau aktiviti ini dan akan berikan pandangan jika perlu.
  • Setelah selesai, saya akan mengesahkan isi-isi yang relevan dan boleh digunakan dalam surat kamu itu.
  • Kamu bebas memilih mana-mana 3 isi yang ingin digunakan. Setiap kumpulan hanya perlu menghasilkan satu surat rasmi sahaja.
  • Sebelum menulis suratnya, kamu haruslah menyusun ketiga-tiga isi pilihan dan memasukkannya ke dalam Lampiran B. Pastikan bahagian huraian dalam lampiran B itu diisikan dengan komponen-komponen yang telah dibincangkan semalam ( Ayat pembuka, ayat isi utama, huraian isi utama dan sebagainya. )

  • Hantarkan Lampiran B yang sudah lengkap kepada saya pada hari ini juga.

Selepas selesaikan Lampiran B, teruskan tugas masing-masing ( membuat slaid ). Pastikan kamu sentiasa merujuk kertas arahan yang telah dimasukkan di 'folder' saya bagi memastikan kamu buat apa yang sepatutnya ( maklumlah ada yang suka lupa !) Saya juga berharap kamu ada berkongsi maklumat mahupun pandangan dengan kumpulan lain. Selalulah rujuk blog kumpulan - manalah tahu ada yang bertanya !

Selamat Bertugas !!

Cikgu

3.25.2007

PB-Menyiapkan Slaid 26 Mac 2007

Wahai para pelajarku, kini tibalah masanya untuk menyiapkan slaid-slaid. Saya berharap sebelum kamu habiskan tugas, kamu akan merujuk saya sekurang-kurangnya sekali. Sama ada sebelum memulakan tugas, semasa menjalankan tugas - bila-bila masa sahaja. Kamu juga boleh bertanya rakan-rakan daripada kumpulan lain. Jika ingin bertanya mereka, silalah berkunjung ke blog kumpulan mereka dan poskan soalan di ruangan yang terkini.

Sebelum mulakan tugas, sila ke 'folder' saya untuk mendapatkan kertas arahan bagi minggu ini yang telah ditulis secara terperinci.

Selamat Bertugas !!!

Cikgu

3.20.2007

PB _Penyelidikan 23 Mac

Baiklah sebelum meneruskan penyelidikan, saya ingin setiap pelajar melawat blog-blog kumpulan rakan sekelas kamu. Sila baca dan berikan pandangan ataupun kongsi idea/pendapat/bahan. Saya berikan masa selama 15 minit untuk tugas ini. Setelah selesai, teruskan dengan penyelidikan kamu. Ingat, hari ini merupakan hari terakhir untuk sesi penyelidikan ya. Minggu depan kita akan mula melalui proses memilih maklumat ( PEMILIHAN ), meringkaskan maklumat ( RINGKASAN ) dan memikirkan apa yang harus tertera di dalam slaid-slaid. Ingat kamu harus sediakan dua perkara - slaid untuk buat pembentangan dan nota-nota bagi menjelaskan dengan lebih lanjut apa yang ada dalam slaid. Semua harus ditaip dengan cermat. ( Ini tidak termasuk bahan-bahan lain seperti video dan sebagainya......)
Oh ya, pada 29 Mac ada peraduan fasih terjemah. Saya perlukan 5 peserta daripada kelas kita. Sila berikan nama-nama kamu kepada saya. Peraduan akan diadakan di sekolah. Jangan khuatir, jika ada masa kita akan membantu ( sekelas ) untuk mempersiapkan diri para peserta.

Cikgu.

3.19.2007

PB - Penyelidikan 20 Mac

Masa untuk membuat penyelidikan seterusnya ! Bagi mereka yang sudah mempunyai maklumat yang mencukupi, mulalah teliti maklumat tersebut untuk mendapatkan fakta-fakta penting yang boleh digunakan dalam projek ! Sila rujuk 'Projects Area' saya untuk mendapatkan arahan aktiviti hari ini. Ingat - hidupkan ruangan ini ! Kamu digalakkan berkomunikasi melalui ruanga ini, berkongsi-kongsi informasi, pendapat dan apa sahaja !

Cikgu

PB - Penyelidikan 19 Mac

Baiklah, sekarang saya percaya kamu sedang giat mencari informasi. Ada kalanya informasi yang dikehendaki ditulis dalam bahasa Inggeris ataupun bahasa Indonesia. Kamu tetap dibenarkan menggunakan informasinya, cuma satu perkara yang harus diperhatikan; tukarkan ke dalam bahasa Melayu !!!!

Satu perkara lagi, sentiasa buka tingkap lelaman blog ini dan kecilkan jika perlu. Ini adalah kerana, ruang ini akan diterbitkan setiap hari untuk kamu bertanya apa saja soalan, sama ada untuk saya mahupun rakan-rakan yang lain. Ataupun, jika kamu ada informasi yang boleh membantu rakan-rakan dari kumpulan lain, silalah beritahu mereka melalui ruangan yang akan diterbitkan seperti ini setiap hari. Dari itu, selalu-selalulah ke blog utama ini untuk berkomunikasi dengan satu ( kumpulan ) sama lain.

Kamu diberi agak-agak seminggu untuk tugas penyelidikan ini.

Cikgu

Projek Budaya

Wahai pelajarku, kini tibalah masanya untuk kita memulakan projek kita. Untuk tahun ini, saya terpaksa memendekkan masa untuk melaksanakan projek ini disebabkan masa yang terhad. Tetapi, walau bagaimanapun, saya percaya dengan penglibatan total kamu, saya yakin saya akan mendapat hasil kerja yang baik. Baiklah sebelum kita teruskan, ada beberapa perkara yang saya perlu kamu lakukan :
  • Bina blog kumpulan ( rujuk 'folder' saya untuk mendapatkan panduan memulakan blog )
  • Dapatkan Nama Kumpulan / anggota ( 1 kumpulan = 3 orang )
  • Pilih tajuk yang ingin diselidiki ( catatkan semua alamat lelaman yang telah dilungsuri )

Petang ini , kita akan mulakan penyelidikan kita. Sila ke 'folder' saya untuk mendapatkan Arahan lanjut mengenai tugas yang harus dilaksanakan.

Cikgu

3.06.2007

Karangan Naratif 6 Mac 2007

Hari ini, kamu akan membaca karangan salah seorang rakan kamu. Baca karangan tersebut dan berikan komen tentang karangan tersebut dari segi :
  • Penggunaan Bahasa
  • Plot ( Jalan Cerita - Menarik? Masuk akal ? Menepati kehendak soalan ? )
  • Apakah elemen menarik yang ada ?
  • Apakah gred yang kamu akan berikan ? A ? B+, B, B- ? C+, C ?

Sila hantarkan komen kamu secara ringkas tetapi jelas ke ruangan blog ini.

Cikgu

3.05.2007

Karangan Naratif 5 Mac ( Format )

Jangan lupa perkara-perkara di bawah ini :
  • gunakan Arial 12
  • Lat baris ( Spacing - 1.5 )
  • Gunakan khidmat 'Word Count' dan tulis bilangan perkataan.
  • pastikan ada Nama Penuh / Kelas / Tarikh / Soalan di bahagian permulaan dokumen
  • Namakan Fail Kamu : karangan_ zahariah_Mac

Hantarkan tugas kamu ke 'Projects Area' saya - Ikut urutan ini

  • Projects Area
  • Filza Bte M O
  • Tugasan
  • 2007
  • 3E

Cikgu

Karangan Naratif 5 Mac

Baiklah, saya pasti semua sudahpun dalam proses menyelesaikan karangan masing-masing. Memandangkan ini hanya draf 1, kamu masih ada peluang untuk memperbaiki karangan kamu. Sebelum karangan kamu dibaca oleh rakan-rakan dan saya sendiri untuk dinilaikan, gunakanlah senarai semak di bawah ini, untuk memastikan kamu tidak terlupa untuk memasukkan hal-hal penting. Selamat menulis !
  • Ada Bahasa Cantik ( dialog, peribahasa, frasa berbunga )
  • Gambaran watak yang jelas dan meyakinkan ( sikap / sifat / fizikal )
  • Gambaran latar yang meyakinkan ( tempat / masa )
  • Plot yang masuk akal dan menarik
  • Ada unsur suspens

Semua harus selesaikan karangan masing-masing pada hari ini juga. Esok kita akan memulakan proses menyemak oleh rakan-rakan.

3.02.2007

Karangan Naratif - Jalan Cerita - 2 Mac 2007

Wahai para pelajarku sekalian, gunakanlah ruangan ini untuk menaikmuatkan tugas kamu. ( tugas yang telah diberikan pada Jumaat lalu ) Jangan lupa tuliskan nama kamu di permulaan ya !

Irdayu
Soalan 2
  • .........................
  • ...................
  • ...........................
  • ..............

Kamu harus selesaikan tugas ini selewat-lewatnya pada hari Ahad, 12 malam. Hanya 4 orang pelajar yang tiada Internet boleh hantarkan kepada saya pada hari Isnin, 5 Mac sebelum upacara menaikkan bendera.

Cikgu