4.10.2007

Menghabiskan Tugas 10 April

Minggu ini merupakan minggu terakhir kita akan ke makmal untuk melengkapkan tugas. Saya tahu bahawa kita masih belum buat ucapan lagi. Ucapan akan dibuat pada minggu hadapan di dalam kelas.

Bagi Surat Rasmi- pastikan kamu habiskan dan hantarkan pada Isnin depan (16 April ) dalam bentuk MS Word. Nama fail : ( contoh ) SKR_Hang Cerdas.

Projek Budaya harus dilengkapkan dan dihantar sebelum peperiksaan pertengahan tahun. Pastikan kamu masukkan semua fail ( video, slaid, dokumen Word dll ) ke dalam satu Folder yang diberi nama mengikut nama kumpulan masing-masing. Sebelum hantar projek, cuba sekali lalu dan pastikan semua 'hyperlink' berfungsi - jangan ada fail yang tertinggal ( yang terlupa untuk dimasukkan ke dalam folder ).

Bagi tugas lain - Ringkasan - PERINGATAN - tarikh hantar 23 April ( pastikan semua ringkasan di dalam buku kerja sudah lengkap. )

Cikgu

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home