PB-Menyediakan Slaid 30 Mac 2007
Surat Rasmi :
Baiklah saya ingin menadakan satu sesi perkongsian isi - di mana setiap kumpulan menyumbangkan isi-isi yang telah dibincangkan semalam.
- Apa yang harus dilakukan ialah, setiap kumpulan haruslah memasukkan isi-isi tersebut dengan mengklik butang 'komen' di ruangan blog ini. Saya akan memantau aktiviti ini dan akan berikan pandangan jika perlu.
- Setelah selesai, saya akan mengesahkan isi-isi yang relevan dan boleh digunakan dalam surat kamu itu.
- Kamu bebas memilih mana-mana 3 isi yang ingin digunakan. Setiap kumpulan hanya perlu menghasilkan satu surat rasmi sahaja.
- Sebelum menulis suratnya, kamu haruslah menyusun ketiga-tiga isi pilihan dan memasukkannya ke dalam Lampiran B. Pastikan bahagian huraian dalam lampiran B itu diisikan dengan komponen-komponen yang telah dibincangkan semalam ( Ayat pembuka, ayat isi utama, huraian isi utama dan sebagainya. )
Hantarkan Lampiran B yang sudah lengkap kepada saya pada hari ini juga.
Selepas selesaikan Lampiran B, teruskan tugas masing-masing ( membuat slaid ). Pastikan kamu sentiasa merujuk kertas arahan yang telah dimasukkan di 'folder' saya bagi memastikan kamu buat apa yang sepatutnya ( maklumlah ada yang suka lupa !) Saya juga berharap kamu ada berkongsi maklumat mahupun pandangan dengan kumpulan lain. Selalulah rujuk blog kumpulan - manalah tahu ada yang bertanya !
Selamat Bertugas !!
Cikgu