Pada hari ini, kamu harus sudah dapat gambaran apa yang bakal dikongsi bersama dalam pembentangan kelak. Sila
berikan saya RANGKA pembentangan pada hari ini supaya saya dapat memberikan idea / pandangan bagi membantu meningkatkan mutu pembentangan kamu. Setiap kumpulan akan diberikan maksimum 15 minit untuk pembentangan masing-masing.
Di akhir sesi pelajaran hari ini, saya mahu kamu membuat renungan ( tidak lebih daripada 100 patah perkataan ) di ruangan blog ini Renungan tersebut haruslah menjawab soalan-soalan berikut:
a. Dapatkah kamu mencari apa yang diingi - jelaskan tentang beberapa lelaman yang telah dijumpai dan
b. Adakah lelaman tersebut berguna ?
c. Setelah membaca sedikit sebanyak tentang sejarah BM, apakah pandangan peribadi kamu tentang perkembangan BM dan
d. sentuh juga pandangan kamu tentang pinjaman dalam BM.
PANDUAN
1. Slaid-slaid kamu harus mengandungi bilangan perkataan yang minimal ( elakkan daripada salin dan tampal perenggan yang panjang lebar )
2. Penyelidikan haruslah meluas dan terperinci - kamu mungkin perlu berbekalkan nota pada hari pembentangan agar terjamin kelancaran ketika menyampaikan maklumat yang telah didapati.
3. Harus ada slaid yang memaparkan kandungan - apa yang akan dibentangkan.
Jangan lupa untuk bina satu slaid di akhir untuk mencatatkan semua alamat lelaman yang telah dijadikan sebagai bahan rujukan.
4. Namakan fail kamu : AsalUsulBM_Kumpulan Khuzaimah.ppt dan sebagainya mengikut nama ketua kumpulan masing-masing.